
Delicious Popia Carbonara for Every Occasion

Welcome to
Visi & Misi
Popia Carbonara
VISI : Become a supplier in the food industry by offering quality popia carbonara and known throughout the country as the main choice for snack food enthusiasts within 2 years.
MISI : Producing popia carbonara that uses fresh and quality ingredients to ensure a delicious and satisfying taste. In addition, expanding the business network throughout peninsular Malaysia including in RNR and becoming a supplier in mini markets.

RESEPI POPIA CARBONARA LEMAK BEKRIM
Bahan-bahan:
- 2 sudu butter
- Bawang holland dicincang
- 2 sudu tepung gandum
- Sedikit air
- 1 tin carbonara
- Susu full krim kotak kecil
- Separuh kiub ayam
- Sosej dipotong kecil
- Lobak merah (jika suka)
- Cendawan butang (jika
suka)
- 1 keping cheese
- Kulit popia
Cara-cara:
1. Panaskan dua sudu butter dan tumis bawang holland cincang. Masak sehingga layu.2. Taburkan dua sudu tepung gandum dan kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air untuk lembapkan masakan.
4. Masukkan satu tin carbonara. 1 tin ni sahaja dah rasa masin ya. Elakkan tambah garam untuk masakan ini.
5. Masukkan susu full krim. Anggaran satu kotak kecil.
6. Masukkan separuh kiub ayam. Ingat jangan tambah garam dah.
7. Tambah sosej yang dipotong kecil. Boleh juga campurkan lobak merah dan cendawan butang mengikut cita rasa masing-masing.
8. Satu kepingan cheese. Letak pun sedap, tak letak pun sedap.
9. Kacau masakan sehingga likat. Padamkan api dan biarkan ia sejuk.
10. Gulung popia macam biasa.
11. Inti tak perlu banyak. Sedang-sedang saja.
12. Siap digulung.
13. Goreng macam biasa, api sederhana. Jaga-jaga bila makan, boleh melecur lidah sebab inti carbonara terlalu panas.